Sunday 7 August 2011

Imaginasi


Imaginasi,
Kau hadir saat aku berseorangan,
Kau selalu menemaniku,
Menceriakan hatiku yang lara,
Biarpun kau hanya bayangan aku ciptakan.

Imaginasi,
Kau beri aku semangat,
Semangat agar aku tabah disini,
Tak kecewa dan bersedih,
Bila aku tak ditemani sesiapa.

Imaginasi,
Kau sahabat aku disini,
Aku gembira bila aku berjalan bersendirian,
Kerana bila aku memikirkanmu,
Kau segera datang menemaniku.

Imaginasi,
Aku tak kisah lagi tak punya sahabat disini,
Aku ada engkau yang menemaniku,
Biarpun kau tak menjelma membentuk jasad,
Aku senang berbicara denganmu.

Imaginasi,
Namun aku mohon maaf padamu,
Bila aku berteman sahabat,
Kau tak ku imaginasikan lagi,
Tapi aku tetap berasakan kau ada.

Imaginasi,
Sebolehnya aku tak mahu kau hadir selalu,
Kau hanya ilusi ku ciptakan,
Aku akan tinggalkan kau juga,
Kerana mustahil untuk kau hidup dalam alam nyata.

p/s: berhati-hati dengan imaginasi kerana ia boleh jadi permainan Syaitan..